Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

by - 10:18:00

Assalamualaikum

Hai, sebenarnya aku rindu nak pusing-pusing alor setar. Selalunya aku panggil Loq Staq. 
Masjid ni dia terletak dekat tengah-tengah bandar Alor Setar. 

Tapi sedih sebab aku tak dapat solat dekat masjid ni lagi. Teringinnyaaa.
InsyaAllah kalau aku sempat singgah sini nanti aku nak jugak solat dekat sini. 
Memang macam tu sebab parents aku pun kalau jumpe masjid lawa-lawa mesti nak singgah solat situ. Dapat solat sunat pun jadilah. Wahhh syoknya..
Aku bukan je tak dapat nak solat situ malah aku tak sempat nak duduk dekat masjid tu pun. Dapat tengok dari dalam kereta jerrr ..huwaaaa

Bagi aku reka bentuk masjid ni cantik sangat-sangat. 
Aku tertarik sangat dengan design kubah dia. 
Rasa bertuah sebab dapat study dekat kedah dulu. Walaupun mula-mula dapat surat tawaran tu aku dok pikiaq lah merbok ni celah mana?. Beras merbok aku tahu lah. 
Lagi bertuah sebab aku berkesempatan pusing alor setar dengan paah dulu. Hihihi
Ekceli paah duduk jitera tapi jitera dengan alor setar ni dekat je. 

Serba sedikit tentang Masjid Zahir, Alor Setar Kedah 
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). 

Perasmian Mashid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Sumber : Wikipedia
Gambar ni disnap dari dalam kereta. Aku tengah drive and paah snap dari dalam kereta pakai kamera aku. Allahu lawanyaaa masjid ni. 
Rindu Loq Staq woiii paah.
Nanti kalau berkesempatan aku nak p jugak masjid ni. Nak jugak.




You May Also Like

4 comments

  1. Walaupun org loq staq pernah p smbyg msjid niih brpa kali jaa. Hehe .. Sebab ayah lebih suka p masjid lain :D

    ReplyDelete
  2. walaupun saya orang kedah,saya belum pernah jejakkan kaki di masjid ni

    ReplyDelete