Wednesday, 9 March 2016

Kawan Baik Kita dah Tunang

Assalamualaikum.

Yeah yaya dah kembali. Rindu bloglah.
Rindu nak blogwalking sana sini.

Ini kisah hari sabtu haritu 5 Mac 2016.
Kawan baik kita anis adila dah bertunang dengan pilihan hatinya.
Aku selalu jugak tengok anis update dekat wechat gambar dia dengan en tunang yang dulu mase tu boyfriend dia lah.
Tapi aku tak pernah pulak tanya bila nak langsung ke ape sebabnya aku pun tak ade boyfriend lagi sibuk pulak nak tanya orang lain. hahaha

Tapi hari rabu tu anis mesej kata ajak dia bertunang hari sabtu. Aku terus macam woww kawan baik aku nak tunang. Yeayyy.
Oh ye, anis kawan baik aku sejak mds masa dekat merbok dulu.
Kitorang sekelas sampai sem 3 anis buat keputusan nak berhenti study dan bekerja di putrajaya.
Sejak tu memang dah lama sangat tak jumpe anis. Langsung tak jumpe just ada contact mesej-mesej, calling pun jarang.
Rindunya....

Tapi ritu nangis lah jugak sebab rindu.
Tahan sebak anis dah tunang. Haish ni belum kawen dah feeling-feeling.

Mula-mula rancang nak amek ain dulu dekat sentul then amek tasnim dekat upm.
Tapi last minute ain tak boleh pergi sebab ada hal keluarga. Sedihnya tak cukup korum.
Terus aku dengan Tasnim je pergi. Amek Tasnim dekat upm terus gerak penjara kajang. Aku pakai waze sebab tak tahu jalan. Tak pasal2 waze bawak jalan banyak tol. Bila dah smpai dekat kawasan metro point terus aku cakap lah jalan ni aku tahu lah. Jalan tak ada tol tu dekat depan tu. Konghasam. Balik tu terus lalu jalan tak ada tol. Nak masuk kawasan penjara kajang tu je aku tatau. Anis duduk dalam kawasan penjara kajang.

Perjalanan majlis smooth je sebab sekejap sangat perbincangan mereka.
Anis kata diorang dah bincang dekat telephone dah. Sebab memang nak buat sekejap.
Memang sekejap je dah tetibe akak anis panggil anis suruh turun.
Aku pulak macam eh, dah nak turun ke?
Nebes anis waktu tu. hehehe

Disini aku sajikan gambar je lah. Kang taip panjang-panjang aku nangis pulak.


Mase ni orang tengah jalan nak masuk. Alah tak nampak pulak aku snap dari bilik atas. 

Orang menyambut tetamu datang

Ini anis dengan anak angkat. Hehe ni anak mak anis jaga. Mula-mula anis relax lagi.

Bila dah panggil hah menggigil dia nak turun bawah smpai akak anis dok tarik-tarik.

Dengar orang baca doa pun menggigil je tadah tangan.

Tengok tu takut-takut nak turun. Malu letteww

Akak anis ikut iring anis.

Salam dulu dengan semua orang.

Barulah duduk pelamin untuk sarung cincin. Sesi kemuncak ni. Dia punye gabra dak anis ni.

Dah sarung tu baru nampak muka dia ade happy. Sebab dah lega semua dah selesai.

Sekarang dah official bertukar status jadi tunangan orang.


Salam cium bakal mertua.

Nampak muka ada lega dah.

Akak anis pass bunga dekat anis sebab nampak kosong pulak nak bergambar. Hehehe

Masa ni semua dok panggil-panggil anis suro pandang kamera mereka. 

Bergambar dengan sedara mara dulu..Kawan-kawan nanti.

Tasnim setia je tunggu aku dok snap gambar. Haha aku dah depan pelamin sebab nak tangkap gambar. Diorang menunggu je dekat tangga. Hehehe


Berseri-seri dah jadi tunangan orang. Orang lain dah tak boleh kacau. Haram tau kacau tunangan orang.

Anis kata hantaran ni semua dia buat sendiri. Balik kerja je dia terus buat. Bagus2!

Dari pihak laki2

 Aku tasnim dan anis

Aku dengan anis. Lawa betul dak anis ni. Hehe
Selamat bertunang anis sayang... Yaya sayang anis..

Last but not least, ni tunangan anis. Malu-malu masing-masing nak bergambar. hehehe

Jangan tanya aku bila nak tunang.
Aku tunggu aku dah kaya dulu kot. Haha

1 comment: