Trip to Melaka: Safari Wonderland, A Famosa

by - 09:28:00

Untuk harini kita sambung cerita di Melaka. Aku ke Safari Wonderland. Sejujurnya aku cakap ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke a famosa resort. Kalau aku pergi Melaka dengan parents aku pun kitorang just round banda hilir, duduk dekat mahkota hotel, tak pun equtorial hotel atau renaissance hotel yang sekarang dah tukar nama aku nampak ritu, taman mini Malaysia dan kawasan lain seperti uitm lendu amek akak aku. 

Jadi bila iera kata kita bercuti dalam afamosa resort aku pun okey je sebab aku kan tak pernah pergi dan aku agak teruja sebab aku keluar dengan kawan-kawan baik aku. Mase cuti sem lepas keluar berdua je dengan iera pergi langkawi.

Lokasi A Famosa Resort Malaysia terletak di Jalan Kemus, Simpang Empat 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia 
Contact Number A Famosa Resort pula 06-552 0888

Untuk keterangan lanjut seperti location map untuk ke A Famosa Resort, korang boleh klik dekat sini --->  http://www.afamosa.com/menu-top/contact-us/map/

Waktu operasi Safari Wonderland
dari pukul 9 Pagi hingga 5 Petang
Jadual waktu untuk persembahan haiwan ialah boleh rujuk disini -->  http://www.afamosa.com/theme-park/animal-world-safari/

Ada dua kaunter tiket dekat sini satu yang dah booking online dan sau lain walk in.

Ini untuk yang dah siap booking. Kami tak order online pun sebab system down kata ros.

Kaunter walk in. Satu kaunter je buka masa ni. Mujur orang tak ramai. Kami beratur kejap je pun.

Harga untuk masuk ke dalam dan pakej-pakej yang harga. Harga ikut pakej ye.

Close up sikit. Kami ambil pakej rm 88 sebab hari ahad kan. Kalau weekdays cuma rm79 je. Pakej aku amek tu ada safari, wonderland, Makan tengahhari,  dan old west masa malam dekat tempat yang roslinah dah tunjuk masa perjalanan tadi.

Proses beli tiket yang agak laju. Bagus.

Lepas bayar akan dapat peta direction dan maklumat-maklumat penting macam waktu persembahan dan pakej-pakej lain.

dan juga dapat bracelet ni.


Kena pakai sepanjang masa sampai malam untuk masuk ke dalam old west pada waktu malam. Jangan risau boleh je kena air. Bende ni penting tau sebab nak masuk ke dalam tempat-tempat disini kena tag kan bar code ni pada entrance.

Tengok si roslinah ni boleh pulak dia dok kira duit time ni. Kira budget sebelum masuk ke dalam. Hehe

Dekat belah luar ada sports and recreation centre macam memanah, dan lain-lain.

Jualan air dan snek pun ada. Harganya agak mahal dimata aku.

Kemudahan ATM juga disediakan di sini.

Kami dah masuk then keluar balik. Kami singgah kedai souvenir dulu mase ni.

Comelnya barang dekat sini tapi aku tak membeli ape pun. Sebab kami nak cari toilet sebenarnya. Hahaha

Baju pun ada.




Masuk-masuk je ada kena tangkap gambar dengan parrot  tapi kami tak tangkap gambar pun sebab takot nak pegang. Haha

Sebenarnya tak boleh tangkap gambar pakai kamera sendiri, tapi aku bedal je snap sebab aku kan takot nak pegang burung tu. Haha


Ros tengah teliti waktu persembahan haiwan supaya kami tidak terlepas satu pun persembahan yang gempak2 tu. Bagus ros ni.



Peta dan guideline dalam safari.

Kedai makan pun ada. tapi kami kan dah amek pakej. So kami tak makan dekat sini.


Tiger encounter. Kena bayar asing ya. Kalau tak silap harga dia rm 35. Fuhh dah la kita nak bagi rimau tu makan. Aku tak masuk pun sebab aku takut. Memang lah kita duduk dalam sangkar tapi seram hokeyhhh.

Roslinah beli air mineral dekat sini. Tak silap aku 600ml tu rm3/4  kot. lupe. Nasib baik aku dah berjaya seludup air mineral seksiap. Hahaha



Comelnya kekura. Tersipu malu je dia tengok aku.



Burung ni bising sangat waktu ni. Tah ape diorang borakkan.

Sorry lah. Gambar memang banyak sangat. Aku sambung lagi nanti.
Assalamualaikum.

You May Also Like

1 comments

  1. omg, tak boleh tgk gmbr ular ke apa wrna kuning tuuu. meremangggg haha

    ReplyDelete