Trip to Melaka: 2 days 1 night

by - 02:32:00

Aku ada banyak sangat gambar untuk trip ke Melaka ni. Sebab aku sangat suka photography. Tangkap gambar yang menarik di mata aku tapi pelik di mata orang. Nasib kawan aku nak layan jugak perangai aku ni. Kalau tak mesti diorang dah tinggalkan je aku ni. Hahaha. Bak kata roslina dah tu minat kau. Dia dengan iera pun mengREDHO je lah dapat kawan yang gambar pintu pun nak di snap. Haha Sayang Korang lah Muah cikedd

Disebabkan banyak sangat gambar sampai aku tak tahu nak devided entry macam mana.

Aku, roslinah dan Iera decided to Melaka beberapa hari sebelum pergi dan kesemua booking dan lain-lain di settlekan oleh iera dan roslinah. Aku cuma join venture jewww. Sebab aku busy dengan appointment doc. Roslinah decide untuk kitorang travel dalam A-Famosa Resort sahaja pada hari pertama dan hari kedua kitorang pusing bandar hilir, klebang, pantai puteri dan lain-lain.

Walaupun aku cuma pergi 2 hari 1 malam je tapi aku rase aku nak bat entry banyak2 jugak untuk tips2 dan info. Untuk rujukan aku jugak nanti. Kalau nak pergi lagi ke, aku just cari dekat blog je. Mudah kan.

Kitorang pergi pada hari ahad dan isnin. 31 Januari 2016 dan 1 Feb 2016. Ahad kan, semua harga mahal. Hotel, safari, dan lain2 semua harga lain dan mahal sikit. Kitorang mula2 nak pergi weekdays tapi roslinah dah kerja. So payah nak jalan2 pada weekdays. Nasib isnin cuti hari wilayah so dapat pergi ahad dan isnin.

Aku memang jenis last minute. Aku kemas barang aku pukul 3 pagi pada hari ahad dah pun. Aku kan insomnia yang tak settle2. So aku masih segar bugar sambil mengemas barangan sambil whatsapp iera tanya nak bawak ape. Last2 aku lupa bawak shawl lebih. Tapi okey jewww sebab shawl aku pakai pagi tu hitam. Hehe so aku ulang shawl tu pada hari esoknya juga. Haha dasar sangat.

Pagi hari ahad tu iera kejut aku pukul 6.40 pagi. Perjanjiannya ros datang amek aku pukul 7 pagi.. Haha aku dapat tidur pun dah pukul 5 lebih. Itu kira awal lah tu.  Solat then mandi siap2 smua ros call kata dia dah ade depan rumah dan time tu aku tak pakai tudung lagi. Haha. Nasib aku ni bukan nak kena make up bagai. sarung shawl then pin siap. Then terus amek iera dekat rumah dia pulak.

Mama bekalkan sandwish telor yang sedap untuk kami makan dalam perjalanan. Best dan sedap. TQ mama. sayang mama.

Perjalanan pagi yang ceria walaupun aku tidur 2 jam je. 

Perjalanan dalam 1 jam lebih sikit then sampai A famosa resort. 

Oh ye, kami singgah makan dulu dekat kedai terdekat sebelum masuk a famosa ni sebab makanan dekat dalam ni sangat mahal ye. Jadi sila makan dengan kenyang walaupun makanannya tak sedap tapi telan je asalkan tak lapar di waktu kelak. 

Musuk je kawasan a famosa yang cantik mencari afamosa hotel

Kami hanya duduk hotel sahaja sebab kami 3 orang je buat ape nak amek apartment villa bagai pulak kan. 

Roslinah nak pergi settle kan bilik buat bayaran siap2 sebab takot diorang bagi bilik dekat orang lain.

Menunggulah aku dengan iera dalam kereta.

Ini confirmation bilik tapi no bilik tak tahu lagi. Tarikh depature tu paling tak menahan. Aku patah balik ke 30 hari sebelum. Haha

Nanti aku story pasal bilik. Aku tak berapa rekemen lah sebenarnya. Alah nantiii lah aku story. Next is masuk safari. Oh aku suka sangat masuk safari sebab aku suka tengok haiwan hehehe. Tapi aku penakut nak pegang mereka. YaAllah ingat balik memang kelako. 

Perjalanan nak pergi safari roslinah terangkan ni nanti malam kita akan pergi sini untuk tengok persembahan red indian.

Ini kawasan belakang free port a famosa. 

Kami tak berkesempatan pon nak pergi sini sebab tak cukup masa. lagipun kami datang nak berjalan dan bukan nak shopping. Free port ni macam mitsui dekat sepang atau jpo dekat johore tu. Kira ni free duty mall lah.

Terus je jumpe rumah banglo ni. Mula2 ingat villa rupanya office diorang haha

Sila belok kanan ye untuk ke safari.

Pintu gerbang masuk ke safari.Parking kena bayar okey rm3. 

Tapi sangat tak friendly user sebab parking lah kereta korang tu bersepah bawah pokok. 

Kami pun parking kat celah2 ni bawah pokok. Jauh jugak jalan. Asal selamat sudah.

Mula-mula kami cari jugak parking kawasan tengah macam ni tapi dah penuh. 

Menapak la kitorang jalan pergi ke kawasan safari. Iera tu tengah setting monopod nak tangkap gambar nanti. Haha lepas tu monopod dia  patah mase lari dari gajah. hehehehe 

First thing bila sampai sini ialah pergi beli tiket dulu.

Ok ni baru cerita sampai dekat safari dah menjeler macam ni. nanti aku sambung entry lain pula. Doakan aku rajin nak update entry lain. Amin!

BYE~

You May Also Like

8 comments

  1. Bestnyaaaa pergi melaka >< . Dah lama tak jejak kaki kesana ..

    Btw, salam kenal ^^
    http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari Orang Klebang

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dari Orang Klebang

    ReplyDelete
  4. singgah + follow sini..

    jemput join GA shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  5. kita orang melaka :) . nanti mai sini, bagitahu kita , nanti boleh rekomen kan kedai makan dll . hee

    ReplyDelete
  6. hehe..seronok bc pasal trip ke melaka ini, jika yaya nak tahu, a farmosa ini tiap tahun menyimpan kenangan manis buat saya & mak pak sedara & sepupu2 yang seronok bergathering kat sni.

    ReplyDelete
  7. seronoknya melaka. ntah bila boleh smpai. oh btw done follow u. if tak keberatan jom follow i balik. mysara89.blogspot.com :)

    ReplyDelete